Ahad, 26 Ogos 2012

Pinjam Ah Long Cepat Dapat Duit


KUALA LUMPUR – Ramai golongan Melayu yang meminjam dengan ah long menyalahkan kerenah birokrasi pihak bank sebagai alasan utama mereka meminjam daripada ‘lintah darat’ itu walaupun menyedari risiko bakal menanggung beban faedah yang melampau.

Menurut Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, rata-rata golongan yang meminjam itu terdiri daripada para peniaga yang terdesak memerlukan wang segera kononnya bagi melicinkan operasi perniagaan mereka.

Katanya, sebanyak 30 peratus daripada peminjam Melayu adalah terdiri daripada golongan peniaga dicatatkan dari tahun 2005 hingga 2011.

“Alasan yang biasa diberi oleh mereka adalah bank mengambil masa terlalu lama untuk meluluskan permohonan pinjaman dan ini menyebabkan mereka bosan menunggu.

“Selain itu, kegagalan mendapatkan pinjaman tersebut juga membuatkan mereka membuat keputusan untuk mendapatkan modal dengan cara berhutang dengan ah long,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan