Beginilah keadaan kereta terbabit yang remuk teruk terlanggar anak kerbau
MIRI: Sebuah kereta jenis sedan yang dipandu seorang lelaki remuk di bahagian hadapan sebelah kiri selepas terlanggar seekor anak kerbau di Jalan Miri-Bypass di sini lewat malam kelmarin.
Manakala anak kerbau itu yang dipercayai seberat lebih 50 kilogram dan dianggarkan bernilai lebih RM2,000 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
Menurut sumber, dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, pemandu kereta terbabit yang memandu kenderaannya seorang diri dalam perjalanan dari Jalan Miri-Bypass menuju susur keluar ke pusat bandar raya di sini.
Ketika dalam perjalanan, dia telah terlanggar anak kerbau terbabit yang tiba-tiba melintas di kawasan tersebut.
Pemandu terbabit yang tidak sempat menekan brek lalu melanggar haiwan tersebut menyebabkan bahagian hadapan sebelah kiri keretanya remuk.
Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan