Rabu, 24 Oktober 2012

Stesen Minyak Dirompak, Mesin Tunai Dilarikan

Gambar Hiasan

KUCHING: Sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub di sini dirompak empat lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging awal pagi semalam.

Menurut sumber, semasa kejadian tersebut, keempat-empat suspek dikatakan menunggang dua motosikal dan tiba di stesen minyak tersebut sekitar jam 1.30 pagi.

Dua pekerja stesen minyak itu yang pada mulanya tidak menyangkakan sebarang perkara buruk akan berlaku sehingga dua daripada suspek menyerbu masuk dan mengacukan sebilah pisau ke arah mereka.

Panik dengan kejadian tersebut, kedua-dua pekerja itu hanya mampu berdiam diri tatkala seorang lagi suspek bertindak menarik mesin tunai yang terdapat di kaunter stesen minyak tersebut.

Keempat-empat suspek kemudian beredar dari tempat kejadian dengan melarikan mesin tunai tersebut yang dikatakan mengandungi wang tunai berjumlah RM1,000.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat dan siasatan masih dijalankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan