Keadaan sebuah treler yang berlanggar di lebuh raya Interstate 5 kelmarin
NEWHALL, California - Dua kemalangan berturut-turut melibatkan empat buah trak dan lima treler menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam di lebuh raya Interstate 5 di sini kelmarin.
Pihak berkuasa Peronda Lebuh Raya California (CHP) berkata, nahas sekitar pukul 2.20 pagi (waktu AS) itu berlaku apabila seorang pemandu lori sampah gagal mengawal kenderaannya yang menyebabkan pelanggaran empat buah trak.
Menurut CHP, pemandu-pemandu lain mula memperlahankan kenderaan mereka susulan nahas tersebut dengan lima buah treler yang menuju ke lokasi kejadian berlanggar sejurus selepas itu.
Stesen televisyen AS, KTLA melaporkan seorang pemandu treler mengalami kecederaan serius dalam kemalangan tersebut tetapi berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di sini. Tiada laporan mengenai kecederaan lain setakat ini.
Kemalangan itu turut menyebabkan sejumlah 1,514 liter minyak diesel tumpah di atas lebuh raya tersebut. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan