Rabu, 24 Oktober 2012

Pemilik Kedai Temui Wang Palsu RM100

Wang palsu RM100 yang ditemui oleh Tan

LAHAD DATU: Seorang pemilik kedai di Bandar Sri Perdana mengalami kerugian ekoran wang kertas RM100 yang diterimanya adalah palsu.

Pemilik kedai Sri Perdana Mini Market, Tan Kok Ming menemui wang palsu berkenaan semasa mengira pendapatan kedainya kira-kira jam 7 malam pada Ahad.

Beliau berkata, selepas menemui wang palsu RM100 itu, dia terus memanggil pekerjanya untuk menyiasat hal berkenaan. Bagaimanapun, pekerja terbabit menjelaskan atas kesibukan pada masa itu, dia hanya menerima wang berkenaan tanpa mengimbasnya terlebih dulu.

Menurut Tan, secara kebetulan semasa berada di salah sebuah bank di bandar ini pada pagi Isnin, dia juga mendengar perkara yang sama telah berlaku di bank berkenaan, di mana pihak bank telah menemui wang palsu RM100.

Tan memberitahu dia telah memusnahkan wang palsu berkenaan dan menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan urusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan