Mangsa selepas mendapatkan rawatan di HUS pagi semalam sebelum dibenarkan pulang
KUCHING: Seorang wanita melecur di bahagian muka selepas mi segera yang dimasaknya tertumpah awal pagi semalam.
Terdahulu, mangsa, 25, dikatakan sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk suaminya di rumah mereka di Kampung Gita di sini sekitar jam 7 pagi semalam.
Bagaimanapun, ketika menghidangkan makanan di atas meja, mangsa dikatakan pengsan menyebabkan mangkuk yang mengandungi mi segera terjatuh lalu tertumpah ke atas mukanya.
Suami mangsa yang terkejut melihat isterinya pengsan kemudian segera mendapatkan mangsa dan terus menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.
Mangsa yang sedar sejurus tiba di HUS segera diberikan rawatan dan dibenarkan pulang selepas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan