Ahad, 12 Ogos 2012

183 Penumpang Terperangkap, Monorel Terkandas

Pasukan bomba memberi bantuan kepada penumpang yang terperangkap

KUALA LUMPUR - Seramai 183 penumpang monorel terperangkap kira-kira satu jam apabila pengangkutan awam itu rosak di landasan antara Stesen Tun Sambathan dan KL Sentral berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.19 petang itu, seorang wanita yang hamil empat bulan sesak nafas manakala dua penumpang lain cedera ringan akibat terkena serpihan kaca dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebanyak enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan penumpang di dalam gerabak itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan