Ahad, 12 Ogos 2012

Air Paip Karat Bagaikan Teh O

Air paip keruh di Kampung Kedai Mulong, Kota Bharu 

KOTA BHARU – Biarpun sesetengah pihak menyifatkannya sebagai isu lama, masalah bekalan air paip keruh masih membelenggu penduduk di negeri ini.

Semalam, penduduk Kampung Kedai Mulong di sini yang menghadapi masalah itu mendedahkan tentang kesengsaraan mereka yang masih gagal menikmati bekalan air bersih, sebaliknya dibekalkan dengan air merah berkarat yang rupanya tidak ubah seperti teh O.

Seorang penduduk, Wan Fazali Wan Yusoff, 44, mendakwa, masalah itu telah berlarutan sejak lima tahun lalu dan menjejaskan kehidupan harian kira-kira 3,000 penduduk kampung tersebut.

“Kami tidak tahan lagi dengan masalah ini yang sudah dilalui sejak lima tahun lalu. Air bersih diperoleh cuma seketika. Paling lama sekitar satu jam sehari, selebihnya kotor berkarat. Kadang-kadang tidak bersih langsung sepanjang hari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan