Khamis, 9 Ogos 2012

Ambil Tindakan Terhadap Paderi Gay



MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mahu tindakan berani dan tegas diambil terhadap paderi gay, Ngeo Boon Lin yang dilapor mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di negara ini.

Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan bukan sahaja kepada negara dan agama Islam malah terhadap agama lain yang menentang perkahwinan sejenis.

"Mereka nampaknya mencabar undang-undang dan nilai hidup negara kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, jadi saya berharap kerajaan membawa perkara ini ke muka keadilan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Parcel Dua (pakej dua) di Taman Rumpun Bahagia di sini hari ini.

Mohd. Ali turut menyeru rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik agar bersatu mengecam perbuatan yang hina dan memalukan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan