Jumaat, 10 Ogos 2012

Brad Pitt Hadiah Jam RM1.25j Kepada Angelina


LOS ANGELES : Brad Pitt membelanjakan RM1.25 juta untuk membeli satu daripada jam paling mahal di dunia sebagai hadiah perkahwinan untuk tunangnya, Angelina Jolie.

Bintang Fight Club itu membeli jam mewah itu, ‘Patek Philippe Minute Repeater’ meskipun biasanya terdapat senarai menunggu selama dua tahun.

Jam yang ditempah khas itu diperbuat daripada emas, permukaannya daripada mutiara dan mengambil masa dua bulan untuk membuatnya. Setiap satu jam berkenaan diperiksa oleh seorang anggota keluarga Stern yang ‘memiliki Patek Philippe’ di ibu pejabat syarikat itu di Geneva, Switzerland.

Satu sumber berkata: “Pitt mengambil keputusan untuk membeli satu daripada jam menakjubkan itu selepas bertemu dengan keluarga Stern di satu pesta jam di Basel.

“Dia mahu membelikannya untuk Angelina satu hadiah yang unik yang hanya segelintir orang memilikinya, seperti satu hasil seni dan jam canggih itu amat sesuai.

“Ia menghasilkan bunyi seperti Big Ben dan dibuat dengan tangan. “Pitt pergi ke Geneva untuk mengambilnya dan dia dipercayai akan menghadiahkannya kepada Angelina sebagai hadiah pra-perkahwinan.” Brad, 48, bertunang dengan Angelina, 37, April lalu.

Mereka akan berkahwin di kediaman mereka di Perancis. Ketika ini, pasangan berkenaan menetap di Surrey, England, bersama-sama enam anak mereka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan