Jumaat, 10 Ogos 2012

Jambatan Mendap, Trafik Sesak

Keadaan mendapan yang berlaku di Jambatan Permas, Johor Bahru kelihatan telah dibaiki semalam

JOHOR BAHRU - Jambatan Permas yang menghala ke Permas Jaya dan Pasir Gudang di sini yang mengalami mendapan kira-kira lapan sentimeter menyebabkan kesesakan teruk lalu lintas yang berlarutan selama lebih lima jam petang kelmarin.

Rentetan kesesakan yang berlaku hampir sejauh tujuh kilometer (km) itu, ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja terkandas dan terpaksa berbuka puasa di dalam kereta.

Memburukkan lagi keadaan, apabila beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan enjin lantaran menunggu terlalu lama.

Mendapan jalan tersebut berlaku di penghujung jambatan dan kesesakan berlaku apabila sebahagian jalan ditutup menjadi satu lorong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan