Selasa, 7 Ogos 2012

Kes Bunuh Eksekutif TV9: Reman Dilanjut


KUALA LUMPUR — Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas anggota keluarga terdekat eksekutif pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kematian wanita itu 28 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, tempoh tahanan reman lelaki itu yang berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 10 Ogos ini.

Syaleza ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan