MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan mengambil dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine.
Zuriamie Mohd Sahak, 32, dari Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dengan cara memasukkannya ke dalam tubuhnya tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Dia didakwa melakukan kesalahan pada jam 9.15 pagi, 11 November 2011 di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Miri di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan