Ahad, 12 Ogos 2012

Makmal Syabu Iran Dibongkar

Bekas besi kecil yang digunakan untuk mengisi serbuk syabu 

KUALA LUMPUR - Polis memperhebatkan operasi untuk mengekang penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini apabila membuat rampasan syabu bernilai RM8 juta selepas menahan 21 suspek di beberapa lokasi semalam.

Pembongkaran itu bermula apabila polis menahan empat lelaki Iran dan merampas lebih 120 kilogram serbuk dan 15.07 liter cecair untuk memproses syabu di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara di sini.

Difahamkan, serbuk syabu itu dijumpai disorokkan di dalam 218 bekas besi kecil berdiameter 12.5 sentimeter yang dibalut dengan kertas aluminium. Dadah itu diseludup melalui jalan laut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, ekoran itu, pihaknya telah melakukan serbuan secara agresif dan dapat menahan 17 lagi anggota sindiket dalam tempoh 24 jam di beberapa premis di sekitar Manjalara, Cyberjaya, Jalan Ipoh, di sini dan Petaling Jaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan