Khamis, 9 Ogos 2012

Manila Dilanda Banjir

Mendukung anak di belakang semasa menggunakan tali untuk menyelamatkan diri 

MANILA - Separuh bandar raya Manila ditengelami air semalam, kata beberapa pegawai ketika hujan lebat melumpuhkan ibu kota Filipina itu.

Puluhan ribu penduduk meninggalkan rumah mereka manakala sejumlah penduduk terperangkap di atas bumbung.

.
Sebuah kereta terperangkap di sebatang jalan raya di Manila

Sebuah kawasan setinggan dilanda tanah runtuh menyebabkan 15 orang mati dekat bandar raya ini. Jumlah itu mengakibatkan 68 orang maut sejak minggu lalu kerana cuaca buruk di negara ini.

Seorang peramal kaji cuaca, Gine Nievarez memberitahu: "Jika kami meletakkan peratusan, sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Manila dilanda banjir."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan