Khamis, 9 Ogos 2012

Najib Bantu Keluarga Alleycats

Rumah mendiang Datuk A. Loganathan kebakaran pada 6 Ogos lalu

Isteri mendiang menunjukkan koleksi gambar yang terselamat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada ahli keluarga bekas penyanyi Alleycats, mendiang Datuk A. Loganathan setelah rumah mereka terlibat dalam kebakaran pada 6 Ogos lalu.

Najib berkata, sumbangan tersebut bagi membantu balu mendiang, Datin Susan Lovie, 51, dan keluarga ekoran kejadian kebakaran yang memusnahkan sebahagian rumah bekas penyanyi itu di George Town, Pulau Pinang.

“Sebagai menghargai jasa mendiang kepada budaya negara dan semangat 1Malaysia, Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memberi sumbangan RM100,000 kepada Lovie dan anak mereka.

“Sumbangan ini juga sebagai mengenang jasa mendiang kepada negara melalui profesion sebagai penyanyi dan ahli seni,” katanya pada majlis Karisma Ramadan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan