Mayat Kehua dikawal oleh beberapa anggota polis di Chongqing semalam
BEIJING - Polis di bandar Chongqing semalam menembak mati seorang pembunuh bersiri dan perompak bersenjata selepas operasi memburunya dilancarkan.
Pembunuh bersiri itu, Zhou Kehua, 42, bertanggungjawab dalam sembilan kematian di beberapa wilayah. Menurut agensi berita Xinhua, dia mati ditembak di sebuah kilang kasut di Chongqing menjelang subuh.
Kehua terlibat dalam rompakan dan pembunuhan yang berlaku pada tahun 2004.
Menurut Xinhua, dia muncul semula pada minggu lalu untuk menembak mati seorang wanita di luar sebuah bank di Chongqing.
Pihak berkuasa menganggap Kehua menjadikan orang yang mengeluarkan wang dari bank sebagai sasaran serangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan