Rabu, 1 Ogos 2012

Satria Neo WWW 1 Tak Terlibat Dalam Kemalangan

Kereta Proton Satria Neo yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menafikan bahawa kereta Proton Satria Neo milik ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menggunakan nombor pendaftaran WWW 1 terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, Tunku Ismail menjelaskan, kereta yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Yong Peng sekitar pukul 12.30 tengah hari pada Sabtu lalu itu sebenarnya ialah kereta jenis dan warna yang hampir sama tetapi bukan kereta milik Sultan Johor.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan