KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti bahawa tiada susu bayi tercemar diimport ke pasaran Malaysia, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Sehingga hari ini tiada apa-apa yang membimbangkan kerana kementerian ada mengambil sampel susu bayi secara rambang untuk mengkaji semua susu yang berada di pasaran termasuk susu dewasa juga dikaji,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di sini, semalam.
Tiong Lai berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana kementerian sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai terjamin.
Katanya, kementerian juga telah mengambil tindakan dengan membuat Pemeriksaan Tahap Lima iaitu Tahan, Uji dan Lepas terhadap susu rumusan bayi berjenama Wakodo dan Morinaga dari Jepun, semalam untuk dianalisis parameter iodin sekiranya diimport ke Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan