Selasa, 2 Oktober 2012

14 Penumpang Nyaris Maut Setelah Bas Terbabas

Gambar Hiasan

MIRI: Empat belas penumpang nyaris maut setelah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan dari Kuching ke Miri terbabas dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Bintulu-Miri berhampiran Bekenu di sini awal pagi semalam.

Kesemua penumpang terbabit bernasib baik kerana hanya dua daripada mereka yang mengalami kecederaan ringan.

Menurut sumber, bas ekspres itu yang membawa seramai 14 penumpang mula bertolak dari Kuching pada jam 5.30 petang Ahad lalu dan tiba di tempat kejadian sekitar jam 6.30 pagi semalam. Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu bas yang mengantuk.

Sementara itu, menurut seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Hashim, sebelum kejadian dia ada ternampak pemandu bas terbabit mengangguk beberapa kali seperti orang mengantuk.

Selepas itu, mereka terasa bas berjalan dalam keadaan bengkak-bengkok sebelum terbabas ke bahu jalan.

Berikutan itu, sepasukan polis trafik telah bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang kemalangan tersebut. Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.

Manakala dua penumpang yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan segera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan