Khamis, 11 Oktober 2012

930 Banduan Hukuman Mati Sehingga 31 Ogos


KUALA LUMPUR: Seramai 930 banduan hukuman mati sedang ditahan di penjara di seluruh negara atas pelbagai kesalahan sehingga 31 Ogos lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop.

Beliau berkata statistik Jabatan Penjara Malaysia menunjukkan antara kesalahan yang dilakukan ialah mengedar dadah, membunuh, culik, serta kesalahanberkaitan senjata api dan keselamatan negara.

“Hukuman terhadap banduan ini masih belum dapat dilaksanakan kerana masih di peringkat rayuan di mahkamah atau Lembaga Pengampunan Negeri,” katanya pada sesisoal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai statistik terbaharu bagi banduan ‘bilik akhir’ di negara ini.

Abu Seman berkata daripada 930 banduan itu, 725 sedang dalam proses rayuan di mahkamah manakala 205 lagi di peringkat Lembaga Pengampunan Negeri. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan