Sabtu, 20 Oktober 2012

Curi Kabel Elektrik Didenda RM2,400


MIRI: Dua orang buruh ma-sing-masing didenda RM1,200 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan mencuri segulung kabel elektrik kepunyaan majikan tempat kerja mereka.

Muhd Hafizuddin Benyamin dari Kampung Bakong, Oya dan Mohd Hirazman Raduan dari Jalan Sultan Tengah, Kuching telah dituduh mencuri satu gulung kabel elektrik jenama Simlex berukuran 10 meter penjang dan bernilai RM500 kepunyaan Citra Alti Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada 14 Oktober lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan