Ahad, 28 Oktober 2012

Kepala Lembu Disangka Mayat Manusia

Gambar Hiasan

MIRI: Polis menemui kepala seekor lembu yang disangka mayat manusia dalam operasi pencarian di Pantai Luak petang semalam.

Operasi dilakukan setelah polis menerima aduan daripada seorang nelayan yang mendakwa terlihat tiga lelaki sedang menanam bungkusan di sekitar kawasan pantai itu pada lewat malam Khamis lalu.

Curiga dengan sikap kumpulan lelaki itu, beliau bertindak merujuk insiden itu kepada seorang jemaah ketika mengerjakan solat Jumaat, kelmarin.

Gadot Saberi, 70, kemudian melaporkan aduan nelayan itu di Balai Polis Miri untuk tindakan lanjut.

Sekitar jam 2 petang semalam, polis memulakan operasi pencarian dan hanya menemui kepala seekor lembu yang dibungkus dengan kain.

Lembu berkenaan dipercayai antara lembu yang telah dikorbankan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha. Polis membawa kepala lembu itu ke Balai Polis Miri sebagai bukti kes aduan itu.


2 ulasan:

  1. ish2 pelik2..mcm2..nasib baik tanam kepala lembu bukannya mayat manusia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...saya baca pun nak ketawa. tentu abang polis pun ketawa lihat kepala lembu yang di sangka mayat manusia...

      Padam