Selasa, 2 Oktober 2012

Lelaki Didakwa Guna Syabu


MIRI: Seorang lelaki didenda RM1,500 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menggunakan dadah berbahaya jenis syabu.

Bryon Herbert Lawai, 37, dari Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah menggunakan dadah jenis (syabu) methamphetamine dengan cara memasukkan ke dalam tubuh sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 petang, 26 November 2009 di sebuah bilik tidak bernombor di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Tunku di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan