Isnin, 1 Oktober 2012

Lelaki Ditikam Kenalan Ketika Hendak Naik Bas

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang lelaki dari Gita mendakwa dirinya ditikam menggunakan objek tajam oleh seorang kenalannya, di perhentian bas berhampiran Tempat Letak Kereta Saujana, di sini semalam.

Mangsa ketika itu hendak naik ke dalam bas sekitar jam 5 petang setelah selesai bekerja apabila suspek menariknya keluar dan terus menikamnya.

Menurut mangsa, lelaki berkenaan merupakan kawan kepada kakak angkatnya. Namun motif kejadian tidak dapat dipastikan.

Mangsa kemudiannya menghubungi kawannya, yang seterusnya menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan