Rabu, 3 Oktober 2012

Penduduk Desa Hartamas Risau Diserang Anjing Jiran

Lay Chou menunjukkan kesan gigitan anjing kepada Michael di Kuala Lumpur semalam

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga alat ganti kenderaan terpaksa menanggung derita dan hidup dalam ketakutan selepas banyak kali diserang anjing jirannya yang berkeliaran di kawasan perumahan sejak beberapa tahun lalu.

Law Lay Chou, 42, yang tinggal di Desa Hartamas di sini mendakwa, anjing tersebut daripada jenis Golden Retriever sering mengejar dan menyerang penduduk di kawasan itu sehingga menyebabkan mereka takut untuk berjalan atau bersiar-siar di luar rumah.

“Saya sudah banyak kali dikejar dan digigit anjing tersebut setiap kali bertembung dengannya sewaktu bersiar-siar bersama anjing peliharaan saya.

“Kejadian pertama menimpa saya pada Mac lalu dan walaupun kejadian ini dimaklumkan kepada pemilik anjing berkenaan, dia tidak menghiraukannya,” dakwanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan