Isnin, 19 November 2012

‘Kasino Haram’ Di Serbu

Mesin judi yang dirampas dalam dua serbuan 

KOTA KINABALU: Dua ‘kasino haram’ berjaya dilumpuhkan polis berikutan kejayaan merampas 40 komputer berunsur perjudian serta 10 mesin judi kotak yang bernilai hampir RM80,000 dalam dua serbuan berasingan di ibu negeri.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata dalam serbuan yang dilakuan pada 12 dan 13 November itu, empat lelaki tempatan berusia 16 hingga 25 tahun yang dipercayai penjaga premis judi turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Serbuan pertama yang dilakukan di Cyber Square Penampang itu, kita telah berjaya merampas 20 set komputer dan dua lelaki dipercayai penjaga premis itu juga ditahan.

“Sementara itu, bagi serbuan kedua yang dilakukan di sebuah premis tidak bernombor Kepayan Ridge, 20 set komputer dan 10 mesin judi kotak dirampas manakala dua lagi lelaki turut ditahan.

“Hasil kedua-dua serbuan, polis turut menemui wang tunai RM165 yang dipercayai hasil daripada kegiatan judi berkenaan,” katanya.

Kesemua ditangkap dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan