Mohd. Sumali mencium dahi isterinya, Anne
PONTIAN – Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi isteri kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang diadakan di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut di sini semalam.
Dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang tangan emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Segamat, Abdul Mutalib Abdul Rahim tepat pukul 11.10 pagi semalam.
Mohd. Sumali, 40, yang telah menduda sejak tiga tahun lalu sebelum ini sah bergelar suami kepada Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 28, dengan sekali lafaz sahaja.
Pada majlis itu, pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu lima dulang daripada Mohd. Sumali dan Anne juga membalas dengan lima dulang hantaran. Wang hantaran pula berjumlah RM11, 111.11.
“Syukur Alhamdulillah kerana penantian saya selama tiga tahun berakhir apabila saya ditemukan dengan lelaki yang terbaik iaitu Sumali yang sudah sah menjadi suami saya," kata Anne. Sebelum ini, selain pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, pelakon berkenaan juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Wafi Hassan pada 2006, namun kedua-duanya bercerai empat tahun kemudian.
Sepanjang berkahwin mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4, dan Nazhara Afroza, 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan