Isnin, 24 Disember 2012

4 Beranak Rentung Selepas Cuti

Keadaan bas dan kereta yang terbabit kemalangan

KEMAMAN - Kegembiraan empat sekeluarga bercuti di kampung berakhir dengan kesemua mangsa mati dalam keadaan rentung apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.30 pagi itu berlaku ketika kereta jenis Kia Sephia yang dinaiki empat keluarga guru bahasa Jepun itu dalam perjalanan dari kampung di Batu Pahat, Johor menuju ke Dungun yang terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres.

Bas yang membawa sembilan penumpang dan dua pemandu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Melaka.

Pertembungan tersebut menyebabkan bahagian depan kereta itu terperosok ke bawah bas sebelah kanan dan diseret sejauh kira-kira 30 meter.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan