Mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai
JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan berusia setahun yang mayatnya ditemui terbakar dengan perut terburai di kaki bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini kelmarin disyaki didera sebelum dibunuh.
Siasatan awal polis mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu didera berdasarkan kesan lebam pada dahi dan lehernya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, ekoran kejadian itu pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat secara menyeluruh termasuk motif sebenar kejadian.
"Polis kini giat mengesan ibu bapa bayi malang itu dan siasatan awal mendapati dia bukan mangsa culik kerana tiada sebarang laporan berhubung kes itu diterima setakat ini.
"Kita juga menolak kemungkinan mangsa adalah anak luar nikah yang dibuang oleh ibu bapanya memandangkan umurnya sudah setahun," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan