Khamis, 20 Disember 2012

Disyaki Terlibat Kes Sumbang Mahram


SIBU: Dua adik-beradik lelaki di sini ditahan polis kerana disyaki terlibat dalm kes sumbang mahram terhadap adik perempuan mereka yang berumur 13 tahun.

Gadis tersebut yang telah melahirkan seorang bayi lelaki pada September lepas telah menuduh teman lelakinya yang bertanggungjawab atas kelahiran bayi itu. Namun apabila keputusan DNA diketahui, teman lelakinya bukan seperti apa yang disangkakan.

Polis kemudian mengheret gadis berkenaan sekali lagi ke balai untuk siasatan lanjut dan akhirnya gadis tersebut mengaku bahawa dia mempunyai hubungan sumbang mahram bersama dua abangnya yang berumur 15 dan 17 tahun.

Kini kedua-dua abang mangsa telah diarah untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan ujian DNA.

Ayah mangsa yang hanya mengetahui anak gadisnya mengandung pada Julai lepas telah membuat laporan polis namun mangsa enggan mendedahkan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab.

Menurut gadis tersebut ibu mereka bekerja di Bintulu manakala ayahnya sering meninggalkan mereka untuk mencari rezeki bekerja sebagai buruh di luar bandar.

Ketiga-tiga mereka bersama seorang lagi adik lelaki bongsu sering ditinggalkan di rumah bersendirian tanpa penjaga di salah sebuah kawasan perumahan di sini.

Kedua-dua abang mangsa yang dipercayai terbabit dalam perbuatan terkutuk itu telah dicekup oleh polis pagi kelmarin dan dihantar ke hospital.

Bagaimanapun bayi lelaki berkenaan telah diserahkan kepada orang lain oleh ahli keluarganya untuk dijadikan sebagai anak angkat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan