Selasa, 18 Disember 2012

Patung Gergasi

Patung Il-sung (kiri) dan Jong-il di Bukit Mansu

SEOUL - Ratusan orang tunduk di depan dua patung bekas pemimpin komunis Korea Utara di Bukit Mansu, Pyongyang semalam.

Patung gergasi Kim Il-sung yang merupakan pemimpin komunis pertama negara ini berada di sebelah patung anaknya, Kim Jong-il.

Jong-il yang merupakan pemimpin kedua komunis Korea Utara meninggal dunia pada 17 Disember 2011 kerana sakit jantung. Beliau kemudian digantikan oleh Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, isteri Jong-un muncul dalam siaran televisyen negara berkenaan semalam dengan kelihatan sedang mengandung.

Keadaan dirinya meningkatkan jangkaan bahawa dinasti keluarga Kim yang memerintah Korea Utara akan mendapat zuriat baharu.

Isteri Jong-un, Ri Sol-ju kelihatan berdiri di sini suaminya dalam upacara memperingati setahun kematian bapa Jong-il.

Pada majlis bagi memperingati kematian Jong-il, bangunan makamnya dibuka selepas kerja-kerja baik pulih dilakukan. Mayat Jong-il yang diawet itu selepas setahun kematiannya turut dipamerkan kepada orang ramai.

Bangunan tersebut dikenali sebagai Istana Matahari Kumsusan Palace di Pyongyang. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan