MIRI: Pesta Makanan Jalanan 1Malaysia kembali lagi dan akan diadakan di Permy Mall selama sebulan bermula Ahad ini.
Sementara, majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin di Pasar Malam SABERKAS pada Sabtu ini bermula jam 6 petang.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai memberitahu, sebanyak 200 gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman terlibat dalam pesta itu.
“Ini merupakan kali keempat kami menganjurkan aktiviti ini. Ia dijadikan kesempatan kepada kami untuk mempromosikan Miri kepada pengunjung,” jelas beliau semalam.
Selain MBM, penganjur bersama pesta itu ialah Persatuan Penjaja-penjaja Miri dan Kementerian Pelancongan.
Bel iau member itahu, penganjur juga akan mengutip derma daripada pengunjung untuk diserahkan kepada PERYATIM Miri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pusat Dalam Komuniti.
Hadir sama semasa sesi media semalam ialah pengerusi penganjur Hii King Chiong dan ahli jawatankuasa Kaunselor Laila Mohamad dan Kaunselor Lawrence Kong.
Senangnya bisa memilih makanan-makanan dengan berbagai macam rasa dan rupa pula..
BalasPadamSahabat miri nanti malam saya akan tambah G+5 sejumlah 5 lagi nanti saya konfirmasi PM bila teman saya sudah tambah G+1 juga.
Sukses terus mendekati akhir kontes iPhone 5 ini
ok...nanti saya juga akan tambah G+1 yang baru dan belum pernah klik buat sahabat...
Padam