Isnin, 24 Disember 2012

Kereta Terbabas Ke Dalam Parit

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa

MIRI: Seorang warga emas terselamat setelah kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit di tepi jalan menuju kawasan Riam Lama petang semalam.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian berkenaan yang berlaku sekitar jam 4 petang.

Penduduk dan pengguna jalan raya menemui mangsa dalam keadaan pengsan tetapi sedar semula setelah dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika mangsa dikeluarkan dari kenderaannya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut. - UTUSAN BORNEO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan