Jumaat, 21 Disember 2012

Beg Sekolah Kalis Peluru

Cara untuk menggunakan beg galas keluaran syarikatnya

BILLERICA, Amerika Syarikat - Syarikat Amendment II menjual beg galas kalis peluru untuk kanak-kanak sekolah pada harga kurang daripada AS$300 (RM916.80).

Beg itu yang mengandungi watak-watak komik adiwira Avengers untuk kanak-kanak lelaki dijual selepas kejadian tembakan berlaku di Sekolah Rendah Newton, Connecticut pada 14 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, seorang pemuda berusia 20 tahun, Adam Lanza menembak ibunya dan 20 kanak-kanak termasuk enam kakitangan sekolah tersebut. Lanza kemudian menembak mati dirinya.

Beg untuk kanak-kanak perempuan mengandungi gambar ikan duyung. Syarikat Bullet Blocker turut menjual beg galas kalis peluru yang berharga antara AS$250 (RM764) hingga AS$600 (RM1,833) bergantung kepada saiz.

"Ringan, mudah untuk digunakan," kata naib presiden syarikat itu, Elmar Uy.

Beliau berkata, sejak minggu lalu, jualan beg tersebut meningkat sehingga 40 peratus. Beg itu dicipta oleh seorang pencipta, Joe Curran.

Ia dihasilkan dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada kejadian tembakan seperti tragedi di Connecticut itu. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan