SIBU: Seorang isteri, 26, yang dikenali sebagai Rinnie Salang dipercayai melarikan diri dari rumah kerana mengesyaki suaminya ada hubungan sulit dengan wanita lain di sini.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas seorang ibu kepada lima orang anak mendapati ada pesanan ringkas (sms) yang menyatakan ‘I Love You’ dalam peti masuk telefon bimbit suaminya.
Menurut laporan, suaminya, 38, yang hanya dikenali sebagai Kieu, dia tidak mengenali orang yang menghantar sms tersebut.
Pada 3 Disember lalu, suaminya juga ada menerima ‘miss call’ daripada nombor telefon bimbit yang sama sebelum menerima sms tersebut.
Dua hari selepas itu, isteri Kieu dikatakan memarahi suaminya kerana enggan memberitahu orang yang menghantar sms tersebut terus bertindak melarikan diri dari rumah mereka.
Menurut pengadu, isterinya ada pulang ke rumah selama satu hari semasa anak mereka yang berumur satu tahun jatuh sakit pada 22 Disember lalu.
Namun, isterinya keluar dari rumah keesokannya dan tidak muncul kembali sehingga kini. Bimbang mengenai keselamatan isterinya, Kieu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan