Ahad, 23 Disember 2012

Ariel Enggan Dipanggil Duda Keren



Ariel

PANGGILAN 'duren' atau duda popular disematkan oleh ramai orang kepada vokalis Noah, Ariel. Hal itu tidak dapat ditolak kerana pesona dan karismanya telah membuatkan khalayak memujanya terutama kaum hawa.

Ketika panggilan itu diketahui Ariel, dia justeru merasa terlalu dikagumi. Dia malah hanya mahu digelar duda tanpa ada predikat keren di belakang.

"Ada ya yang memanggil saya begitu? Tetapi itu panggilan orang terhadap saya. Saya tidak tahu. Saya cuma duda sahaja," jelas Ariel.

Hidupnya masih sendiri tanpa pasangan namun Ariel mengaku tidak berasa kosong. Baginya, kegiatan seninya selama ini membuatkan dirinya belum perlu untuk mengisi kekosongan itu.

"Sekarang belum ada istirehat. Tidak ada waktu kosong, setiap hari ada aktiviti," jelas Ariel.

Sang vokalis itu memang sedang sibuk bersama anggota grupnya, Noah. "Ya, memang sedang banyak yang dikerjakan. Banyak yang tertinggal. Sekarang sedang fokus buat teman-teman," katanya. ungkapnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan