Polis memeriksa restoran tempat Chun Hau ditembak kelmarin
BUKIT MERTAJAM – Keseronokan seorang tukang kayu menikmati minuman di sebuah restoran bersama lima rakannya bertukar tragedi apabila dia mati ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Kampung Baru di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan Khor Chun Hau @ Yeow, 41, dari Taman Indah di sini maut selepas terkena tiga das tembakan di dada kiri dan belakang badan.
Rakan-rakannya yang tidak dicederakan kemudian bergegas menghantar mangsa ke Hospital Seberang Jaya namun Chun Hau disahkan mati sebaik tiba di situ.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang minum di restoran itu didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan memakai topi keledar berpenutup penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan