MIRI: Lebih 1,000 warga Miri dijangka memeriahkan Rumah Terbuka Krismas yang akan diadakan di pekarangan letak kereta Gereja Anglican St Barnabas Taman Tunku di sini pada 28 Disember ini dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Program berkenaan merupakan anjuran bersama Ketua Masyarakat Daerah Miri dan Jawatankuasa Gereja Anglican St Barnabas dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Parlimen Sibuti.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijangka akan menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Sehubungan itu, Ketua Masyarakat Iban Pemanca Wilson Siang Lim mengalu-alukan warga Miri memeriahkan majlis berkenaan sekali gus berkongsi keceriaan sambutan Hari Krismas di sini.
Katanya, program itu bukan sahaja untuk sambutan Krismas, tetapi juga sempena dengan perasmian pembukaan gereja baharu St Barnabas baru-baru ini.
Selain sambutan Krismas, ia turut bertujuan untuk merapatkan silaturahim di kalangan masyarakat khususnya warga gereja terbabit.
Pelbagai persembahan dan makanan tempatan akan turut disediakan untuk para pengunjung.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Ketua Masyarakat menerusi talian 085-414067.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan