Rabu, 19 Disember 2012

Mekanik Dera Anak Tiri Didakwa

Rajasegaran

KLANG – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendera anak tirinya yang berusia tiga tahun menggunakan senduk nasi dan acuan maruku dalam kejadian di sebuah rumah di Kapar di sini pada September lalu.

Tertuduh, T. Rajasegaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tindakannya yang mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak lelaki itu yang merupakan anak kepada isteri keduanya.

Majistret Suhaima Mohd. Noor menetapkan 15 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenar ikat jamin dengan alasan demi keselamatan mangsa yang tinggal bersamanya.

Rajasegaran dari Kapar di sini diheret ke mahkamah rentetan aksi dera tertuduh terhadap seorang budak lelaki yang dirakam menggunakan telefon bimbit tersebar di laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan