Sabtu, 22 Disember 2012

Bantu Polis Banteras Judi Siber

Pegawai D7 Negeri menyerbu dua buah pusat judi siber

KUCHING: Orang ramai memainkan peranan penting dalam membanteras aktiviti perjudian atas talian dengan segera menyalurkan maklu­mat mengenai pusat judi siber di kawasan masing-masing kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Je­nayah Negeri Datuk Zulkifli Hassan berkata, walaupun polis mempunyai rangkaian untuk mengesan premis, orang ramai juga boleh membantu sekiranya mengetahui operasi pusat judi siber di kawasan perumahan atau pusat perniagaan.

“Meskipun perjudian atas talian di negeri ini masih terkawal, polis akan terus memantau situasi ini untuk memastikan aktiviti haram ini tidak terus menular.

“Kami mengalukan maklu­mat orang ramai jika mereka mengetahui mengenai perka­ra ini,” katanya kepada pem­berita semalam.

Zulkifli menjelaskan, Unit Kongsi Gelap, Judi dan Mak­siat (D7) telah menjalankan serbuan ke atas beberapa pusat judi siber dalam tempoh tiga tahun lepas di Sibu, Bin­tulu, Miri, Kuching, Serian dan Kota Samarahan.

Beliau menambah, dalam operasi yang dijalankan pada 19 Disember lalu, sebanyak 78 komputer dirampas dan 30 ditangkap di bawah Seksyen 4B (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Sementara itu, dua buah pusat judi siber diserbu polis di sini semalam yang berop­erasi di lot perniagaan di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan