Hamdan (dua dari kiri) dan pegawainya menunjukkan senjata dan barangan yang dirampas
SEREMBAN – Kegiatan sekumpulan tiga penjenayah termasuk seorang gadis berusia 15 tahun yang menyamun empat mangsa dalam tempoh lapan hari di negeri ini akhirnya berkubur apabila kesemuanya diberkas polis baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, berdasarkan laporan, jenayah pertama yang dilakukan kumpulan itu ialah menyamun sebuah kereta milik seorang wanita di Mantin, Nilai dekat sini pada 24 Julai lalu.
Katanya, selepas itu, suspek-suspek berusia 15 hingga 24 tahun tersebut menyamun lagi di Kuala Pilah dan Bahau pada 26 dan 27 Julai lalu.
“Polis yang sedang memerhatikan kumpulan berkenaan kemudiannya dapat menahan salah seorang daripada suspek ketika dia hendak menyamun kereta seorang wanita di sini pada pukul 12.45 tengah hari, 31 Julai lalu. Ketika kejadian, mangsa yang berusia 24 tahun baru menghantar anaknya ke sebuah sekolah di Jalan Lee Sam di sini sebelum seorang lelaki menerpa masuk ke dalam keretanya dan terus mengacukan sebilah pisau ke arahnya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan