Rabu, 8 Ogos 2012

Gaji minimum imbangi jurang gaji sektor awam dan swasta

Gaji minimum imbangi jurang gaji sektor awam dan swasta

MIRI: Penetapan kadar gaji minimum kebangsaan sektor swasta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak April lalu mampu menyeimbangkan jurang gaji sektor awam dan swasta.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata ke-naikan gaji sektor awam sedi-kit sebanyak turut menyebabkan harga barang keperluan naik mendadak dan ia turut membebankan pekerja swasta.

“Bagi menyelesaikan jurang perbezaan gaji awam dan swasta, kerajaan telah meng-umumkan kadar gaji minimum kebangsaan untuk pe-kerja swasta di seluruh negara,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau melihat penetapan gaji minimum terbabit memberi kelegaan kepada pekerja swasta terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan di bawah paras RM900 sebulan.

“Isu barang naik tidak lagi menjadi persoalannya sekarang kerana majikan swasta turut mengikut saranan kerajaan agar pekerja mereka diberikan gaji baharu selaras dengan dasar baharu,” ujarnya.

Dalam masa sama, kerajaan juga telah memperbanyakkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi memastikan go-longan sasar membeli bara-ngan keperluan harian meng-ikut kemampuan sendiri.

“Kerajaan mewujudkan KR1M di seluruh negara agar kumpulan sasar seperti golongan sederhana dan miskin mampu membeli barang keperluan selaras dengan perbelanjaan keluarga,” katanya.

Beliau memberitahu, tidak kira mereka yang bekerja di sektor awam dan swasta, kerajaan sentiasa memberi keutamaan dalam soal menjaga kebajikan rakyat di seluruh negara.

“Kita berharap menerusi pembentangan Belanjawan 2013 kelak, Perdana Menteri akan mengumumkan lebih banyak kemudahan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.

April lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan