Daniall kembali sedar selepas koma lebih sebulan
ALOR SETAR – Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila mendapati bayinya yang sebelum ini koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat hentakan kuat ketika dalam jagaan pengasuhnya kembali sedar dan memberi reaksi positif.
Bayi berusia lima bulan, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan yang sebelum ini koma lebih sebulan lalu mula sedar pada 23 Julai lepas selepas menjalani rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Ibunya, Rosmira Ramli (gambar kecil), 28, memberitahu, dia bersyukur kerana doanya agar Daniall (panggilan manja Muhammad Taufiq Daniall) sedar dan sembuh seperti bayi sihat lain dimakbulkan Tuhan.
Katanya, khabar itu seakan memberi kegembiraan berganda kepadanya kerana anaknya sedar ketika umat Islam sedang bersiap-siap untuk meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang.
“Saya terkejut dan air mata saya terus mengalir apabila melihat anak tunggal saya sedar daripada koma dan mulai sembuh sedangkan pada awalnya harapannya untuk sedar adalah tipis,” cerita pekerja pasar raya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan