Jumaat, 10 Ogos 2012

Guna Pelajar Kutip Derma Sampai Pukul 3 Pagi

JAIS menahan seorang remaja dalam Operasi Pemungut Khairat Tanpa Kebenaran 

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (jais) mengesan terdapat sindiket yang berselindung di sebalik nama pusat Tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim serta menggunakan pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga ke pukul 3 pagi setiap hari.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, aktiviti sindiket mengutip derma itu terbongkar selepas lapan individu termasuk tiga rakyat asing ditahan dalam operasi kutipan derma tanpa kebenaran di Seksyen 9, 11, 17, 18 dan 19 di sini semalam.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 16 dan 50 tahun kerana didapati menjalankan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran jais dan di kawasan yang tidak dibenarkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan