MIRI: Hotel Grand Palace (GP) kelmarin meraikan se-ramai 28 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Hamidah pada satu majlis berbuka puasa.
Pengurus Pembangunan Perniagaan GP, Mary Choo berkata bahawa majlis seumpama merupakan salah satu daripada program tahunan hotel.
“Kita sentiasa mahu untuk menyuburkan tradisi bagi menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat terutamanya kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Selain berbuka bersama-sama, pihak hotel turut menyumbangkan duit raya kepada anak-anak yatim berkenaan.
Pengurus Operasi GP, Leok Tsek Ming bagi pihak pengurusan telah menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Turut hadir pada majlis adalah Pengurus Kompleks Kebajikan Hamidah, Dayang Noorjanah Awang Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan