Rabu, 1 Ogos 2012

Ikan Paus Yang Diselamatkan Ditemui Mati

Berusaha untuk menyelamatkan seekor ikan paus di pantai Karawang, Jawa Barat

JAKARTA - Seekor ikan paus sperma yang dibantu kembali semula ke laut telah ditemui mati kira-kira 25 kilometer dari tempat ia terdampar selama empat hari, kata seorang pegawai Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta, Pramudya Harzani.

Ikan paus sepanjang 12 meter itu ditemui terdampar di sebuah kawasan cetek dekat pantai Karawang, Jawa Barat pada Rabu lalu.

Namun, beberapa penyelamat berjaya membantu ikan tersebut bergerak ke kawasan laut dalam apabila ia ditarik dengan menggunakan 10 buah kapal dan sebuah bot tunda pada Sabtu lalu.

Menurut Harzani, bangkai ikan tersebut ditemui beberapa anggota penyelamat di Muara Gembong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan