KUCHING: Siang menyediakan juadah berbuka puasa dicampur arak, manakala malam mengadakan aktiviti untuk golongan songsang.
Begitulah penemuan mengejutkan di sebuah restoran di sini, yang mengetepikan sensitiviti umat Islam sepanjang Ramadan ini.
Kegiatan restoran baru beroperasi sejak empat bulan lalu itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak melakukan pemeriksaan, jam 3.45 petang semalam.
Ketika pemeriksaan, sebahagian besar pekerja restoran terbabit sibuk menyiapkan menu berbuka puasa menawarkan pakej RM48 seorang, selain turut menemui beberapa botol mengandungi cecair dipercayai arak.
Bagaimanapun, ketika disoal siasat, beberapa pekerja restoran itu menafikan kononnya cecair dalam botol itu arak, sebaliknya minyak masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan