Sabtu, 18 Ogos 2012

Kes Dua Subkontraktor Bunuh Warga Asing Ditangguh 4 Sept


MIRI: Mahkamah Majistret semalam menangguhkan sehingga 4 September depan untuk sebutan lanjut kes dua subkontraktor warga asing yang menghadapi tuduhan membunuh rakan senegara tahun lepas.

Manakala kedua-dua tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Lambir sementara menunggu tarikh tersebut.

Rocky Usman, 36, dan Hamsa Yusop, 21, kedua-duanya dari Panamau, Filipina telah dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian seorang rakan senegara dikenali sebagai Murtaza Ali.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 7.30 malam, 20 Ogos 2011 di tepi jalan Lorong 4 -10, Fasa 14, Taman Ceria Bandar Baru Permyjaya di sini.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan (kontraktor) dengan mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan itu, mereka boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan