Selasa, 7 Ogos 2012

Lima Premis Makanan Ditutup Disyaki Dicemari Wabak Kolera

BINTULU: Lima premis makanan di Bintulu telah ditutup setakat ini iaitu Hartz Chicken, SugarBun Li Hua Plaza, Singapore Chicken Rice, KFF Iceworks Sdn Bhd dan May Bright Trading Co Taman Filipino kerana disyaki dicemari wabak kolera.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) semalam, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan pemeriksaan secara berskala di tiga lokasi bazar Ramadan di sini iaitu Esplanade (40 gerai), Kidurong (38 gerai) dan Medan Assyakirin (92 gerai) bagi membendung penularan wabak kolera di Bintulu.

Pihak BDA dalam pada itu turut melakukan kerja-kerja pembersihan harian di ketiga-tiga tapak bazar Ramadan supaya ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Setakat semalam, 63 individu masih lagi dirawat di Hospital Bintulu dengan satu kes yang disahkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah dipindahkan ke wad biasa dan menunggu masa untuk discaj dan pada hari sama 24 kes baharu dimasukkan ke wad dengan lima telah discaj.

Sumber JKNS juga me-maklumkan bahawa isolasi di kem PLKN Similajau juga telah ditutup manakala bilangan kes yang diisolasi di Klinik Kesihatan Bintulu lama adalah seramai 83 orang.

Setakat ini, antara tindakan pengawalan yang telah diambil oleh JKN Bintulu bagi mengawal penularan wabak kolera ialah melalui pengesanan aktif kes ACD/contract yang telah dijalankan di 33 lokasi pada 3 Ogos lalu, pemberian profilaksis Doxycline dan Disinfeksi, pendidikan dan promosi kesihatan dan kajian terhadap permulaan kes kolera dilaporkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan